Wednesday, July 15, 2009

Perkhemahan Pelajar Islam 2009

Bandar Jengka, 15 Julai - Ilmam Pahang (Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir) dengan kerjasama Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) bandar Jengka telah menganjurkan Perkhemahan Pelajar Islam baru-baru ini.

Program ini telah disertai seramai 38 orang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Temerloh, Chenor dan Bandar Jengka.

Program selama 3 hari itu telah memuatkan beberapa pengisian yang menarik denganm gabungan ilmu-ilmu penghayatan Islam iaitu Aqidah, Ibadah, Akhlak juga mengaitkan beberapa pengisian serta penerapan berkaitan nilai-nilai murni sebagaimana yang tercatat di dalam Falsafah Pendidikan Islam iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

Setiap modul yang disediakan kepada pelajar amat bermanfaat dan mempunyai objektif yang tersendiri. Juga melatih ciri-ciri kepimpinan dalam diri peserta.

Pelajar juga di beri peluang untuk memberanikan diri bercakap di dalam setiap program dengan memberikan pendapat dan pandangan masing-masing. Slot Debat Ala Parlimen juga sangat baik kepada peserta kerana slot ini memberi peluang para peserta menggunakan minda secara kreatif dan kritis untuk mencambahkan idea.

Program ini berakhir pada jam 12 tengahari hari ahad 12 Julai. Walaupun keletihan para peserta sangat gembira dengan pengisian serta dorongan dari urusetia dan fasilitator yang terdiri daripada ahli Ilmam Pahang.

No comments:

Post a Comment