Tuesday, August 18, 2009

KEM MOTIVASI BELAJAR

Kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran bergantung kepada beberapa faktor. Salah satu faktor ialah motivasi. Motivasi dalam diri pelajar boleh terbina dengan adanya rangsangan-rangsangan luar yang diberikan. Justeru IP Enterprise (sebuah syarikat kepunyaan alumni Badan Dakwah SMA Pahang) dengan kerjasama Biro Dakwah Masjid An Najah Taman Temerloh Jaya telah mengadakan Kem Motivasi Belajar. Program yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar agar mereka mendapat kejayaan dalam apa-apa peperiksaan.

Program ini telah diadakan bertujuan memberi semangat kepada pelajar serta mendedahkan kepada pelajar bahawa tuntutan berlajar merupakan satu perkara yang penting dalam Islam dan belajar merupakan satu ibadah.

Program ini telah berjalan dengan jayanya pada 15 Ogos 2009 (Sabtu) bermula jam 8 pagi hingga 4 petang bertempat di Masjid An-Najah, Taman Temerloh Jaya.


Telah disertai sekitar 20 - 25 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 - 5 sekolah-sekolah daerah Temerloh.


Antara pengisian yang diterapkan ialah motivasi belajar, Motivasu Kendiri serta Motivasi Ibadah. Selain itu, para pelajar juga diterapkan dengan aktivi bermodul yang bermotifkan mendidik diri agar lebih bermotivasi dan bersemangat sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal tiba ada bulan yang akan datang.
Antara aktiviti yang sedang dijalankan.

Semoga dengan adanya progrsm seperti ini dapat membantu para pelajar dalam usaha mencari kejayaan yang cemerlang dari segi akademik mahupun ibadah.

Wednesday, July 15, 2009

Perkhemahan Pelajar Islam 2009

Bandar Jengka, 15 Julai - Ilmam Pahang (Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir) dengan kerjasama Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) bandar Jengka telah menganjurkan Perkhemahan Pelajar Islam baru-baru ini.

Program ini telah disertai seramai 38 orang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Temerloh, Chenor dan Bandar Jengka.

Program selama 3 hari itu telah memuatkan beberapa pengisian yang menarik denganm gabungan ilmu-ilmu penghayatan Islam iaitu Aqidah, Ibadah, Akhlak juga mengaitkan beberapa pengisian serta penerapan berkaitan nilai-nilai murni sebagaimana yang tercatat di dalam Falsafah Pendidikan Islam iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

Setiap modul yang disediakan kepada pelajar amat bermanfaat dan mempunyai objektif yang tersendiri. Juga melatih ciri-ciri kepimpinan dalam diri peserta.

Pelajar juga di beri peluang untuk memberanikan diri bercakap di dalam setiap program dengan memberikan pendapat dan pandangan masing-masing. Slot Debat Ala Parlimen juga sangat baik kepada peserta kerana slot ini memberi peluang para peserta menggunakan minda secara kreatif dan kritis untuk mencambahkan idea.

Program ini berakhir pada jam 12 tengahari hari ahad 12 Julai. Walaupun keletihan para peserta sangat gembira dengan pengisian serta dorongan dari urusetia dan fasilitator yang terdiri daripada ahli Ilmam Pahang.

Thursday, July 9, 2009

Konvek 2009

Assalamualaikum buat semua... semua di jemput ke KONVEK'09. Jom beramai2 ke sana. "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"...

Wednesday, July 8, 2009

APA TITIK TOLAK DAKWAH?

Kalau kita perhatikan lebih jauh, dakwah Islam hari ini memiliki beberapapermasalahan yang tidak dapat kita ingkari. Yang sangat nyata adalah masalah perselisihan di antara kelompok-kelompok dakwah. Seandainya permasalahan ini dibiarkan berlarut-larut maka akan merugilah ummat Islam. Bila kita telusuri lebih jauh, bebarapa pertanyaan mungkin akan muncul: adakah jalan yang jelas ke arah mencapai tujuan? Apakah dakwah Islamiyah ini akan mampu bertahan dan menghadapi berbagai tantangan dan penyelewengan yang telah dan akan terjadi?



APA TITIK TOLAK DAKWAH?


Kita memulai dengan menanyakan satu pertanyaan yang amat mendasar: Apakah titik tolak dakwah itu? Seringkali kelalaian kita di dalam meresapkan arti titik tolak dakwah ke dalam hati membawa kebinasaan terhadap dakwah. Banyak kejadian dimana kefahaman terhadap titik awal dakwah telah pupus menyebabkan pupusnya pula makna dakwah. Dan ini sering memberikan kesan negatif kepada du'at maupun dakwah itu sendiri.


Dakwah seharusnya bermula pada jalan DAKWAH para NABI a.s. Mereka menyeru manusia kepada subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus (sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berawal dari hati yang sadar bahwa inilah jalan kita, yaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.


Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan (contoh) yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Musuh kita yang sebenarnya adalah syaithan dan konco-konconya yang menjelma melalui al-hawa' (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir. Jahiliyah yang sekecil-kecilnya dari dosa-dosa yang berupa keingkaran hingga kepada al-kabair (dosa-dosa besar), bid'ah-bid'ah yang menyesatkan, nifaq (kemunafikan), serta kekufuran kepada Allah. Jahiliyah inilah yang seterusnya lahir dan menjelma di dalam bentuk keingkaran kepada Allah baik di dalam bentuk undang-undang, negara, masyarakat, dan segala bentuk sistem yang bukan berasaskan Islam.


Dakwah bukanlah semata-mata penentangan terhadap satu golongan, atau parti, ataupun individu, dsb. Namun merupakan pertarungan yang telah lama ada, yaitu semenjak penciptaan Adam a.s. dan keengganan Iblis untuk mematuhi perintah Allah agar sujud kepada Adam. Pertarungan di dalam dakwah adalah pertarungan antara yang haq dengan yang bathil. Inilah pertarungan para Anbiya a.s. semenjak nabi Adam hingga Rasulullah saw. Inilah dia hakikat dawah yang perlu kita dukung.


(Dari Madrasah Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al Banna)

FADHILAT BULAN REJAB

1. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga.

2. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)."

3. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipelihara Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

4. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Pusa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."

5. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

6. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluarnya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

7. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Pusa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

8. Berkata Syaidina Ali r.a.; " Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3,000 tahun."

9. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100,000 tahun."

10. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

11. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

12. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

13. Rasulullah s.a.w. bersabda; " Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

14. Berkata Syaidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100,000 tahun."

DO'A untuk kita...

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia..

Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya..

Engkau pencipta dan pelindungnya..

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antar kami

Rukunkan antar hati kami

Tunjuki kami jalan keselamatan

Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang

Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua

Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda

Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman

Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar....

[Dilantunkan oleh K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Partai
Keadilan-Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta, 09 Agustus 1998, yang
diiringi oleh tetesan air mata hadirin.
]

Muqaddimah Taujihat : GENERASI DAKWAH.......pelajaran @ dakwah...?

Dan hendaklah kamu menjadi segolongan orang (ummat ) yang menyeru kepada Allah swt yang mengajak berbuat ma”ruf dan mencegah daripada berbuat mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya “ Surah Ali Imran ayat 104.


“ Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu daripada ( masuk ke dalam ) neraka...” Surah At-Tahrim ayat 6.


Kita dapati ramai dikalangan anak-anak muslim generasi kini kurang prihatin dengan keadaan masyarakat khususnya golongan remaja. Tatkala mereka lebih mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah pemikiran Barat yang terus mencengkam mentaliti golongan muda. Islam dianggap satu peraturan yang menghadkan kebebasan mereka, sedangkan orang muda merupakan tunggak kepimpinan negara di masa hadapan.


Menuntut ilmu dari segenap segi oleh semua golongan amat penting untuk menbentuk organisasi yang terus bermatlamatkan kepada yang sebenar iaitu Islam. Sekiranya tiada bekalan untuk dibawa semasa musafir ada kemungkinan tersekat di tengah jalan. Mungkin perumpamaan ini boleh kita istilahkan kepada mereka yang ingin meneruskan tugas risalah junjungan Rasulullah saw. Adapun semangat ini perlu di terapkan dari peringkat awal lagi.


Namun pada hakikatnya, Allah swt telah memberi peluang kepada kita menjadi ummat Nabi Muhammad saw dan kita perlu tegas serta berani untuk terus berhadapan dengan golongan-golongan yang masih tidak menerima Islam sebagai satu sistem kehidupan. Strategi dakwah perlu diperbetulkan oleh setiap daie dari peringkat awal lagi. Kata-kata ini sering diutarakan “.. aku muda lagi, mana ada ilmu nak bagi ilmu kat orang lain.. kadang-kadang terkeluar juga “... aku tak layak nak bagi ilmu kat orang..” . Lebih dahsyat pada itu “.. aku bukannya warak sangat nak bagi nasihat kat orang...”. Jika di kalangan pelajar sekolah pula, “... aku bukan budak Badan Dakwah, nak buat kerja-kerja baik ni..”. Persoalannya, sampai bila dialog ini akan di gunakan ? Siapa lagi yang nak buat kerje mulia ini? Bila lagi nak guna ilmu yang ada? Sampai bila kita sanggup melihat generasi remaja terus hanyut dengan permainan dunia?


Sabda Rasulullah saw ada menyebut mafhumnya, “.. sampaikanlah (peringatan) itu walaupun satu ayat..” . Walaupun kita muda, tiada strategi untuk menyampaikan dakwah Islam tetapi tanggungjawab perlu di laksanakan sebagai hamba Allah. Setiap manusia yang dijadikan di muka bumi Allah ini di taklifkan sebagai khalifah yang bertanggungjawab memimpin dunia. Pimpinan dan peringatan yang paling baik ialah kepada diri sendiri. Dakwah kepada diri sendiri adalah dakwah secara tidak langsung, kemudian kepada keluarga dan seterusnya kepada masyarakat.


Matlamat Islam kepada “ Amar ma’ruf nahi mungkar” bukanlah satu tugas yang dipikul di atas seseorang individu, bahkan ia memerlukan satu gerakan mahupun organisasi yang jelas untuk membentuk biah yamg diimpikan. Seperti maksud Firman Allah swt dalam Surah Ali-Imran ayat 104 :“ & hendaklah ada diantara kamu, satu golongan yang menyeru kepada kebaikan dan yang menyuruh kepada ma’ruf dan yang mencegah perkara mungkar ( dilarang ) & mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Apabila sesuatu kebaikan yang dilakukan itu secara beramai-ramai ilmu yang berkurang dapat ditampung oleh ahli kumpulan, kerja-kerja yang berat dipikul bersama, idea-idea yang bernas dapat dicantum dan dapat mempereratkan ukhwah islamiyyah secara tidak langsung. Tiadalah istilah apabila melakukan kerja-kerja dakwah ataupun kebaikan mengganggu pelajaran, pencarian ilmu mahupun hal-hal duniawi selagi konsep Islam masih di guna pakai.


Peranan ini penting bagi generasi muda memahami tiada yang susah untuk lakukan kerja-kerja dakwah yang mulia, ini kerana jaminan yang Allah swt berikan kepada hamba-hambanya adalah syurga Allah. Maksud Firman Allah swt dari Surah Al-Bayyinah ayat 7 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk”. Barangsiapa yang melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah yang berbentuk umum mahupun khusus ini, sesungguhnya ia bakal memperolehi saham dan ganjaran yang tidak terhingga di akhirat kelak.


Kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu.. Ilmu boleh di cari dan di terapkan dalam kehidupan. Tiada had bagi mereka yang ingin terus menuntut ilmu. Maksud Sabda Rasulullah saw : “ Tuntutlah ilmu itu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”.. Tuntutan mencari lmu itu adalah pelengkap dan wasilah kepada kerja dakwah kerana kerja yang baik memerlukan orang yang berilmu. Jika seseorang itu menganggap bahawa kerja dakwah yang dilakukan ketika masa muda ataupun ketika belajar akan menjejaskan prestasi pelajarannya, itu adalah tanggapan yang salah. Terdapat juga yang tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dan yang lebih malang lagi natijahnya lebih teruk dari mereka yang aktif. Setiap kejayaan dan kegagalan adalah kurniaan Allah kepada hambaNya melalui amalannya. Sekiranya pencapaian kurang memuaskan, ia belum boleh diistilahkan sebagai gagal, tetapi kejayaan belum tiba lagi. Allah tidak akan memungkiri janjiNya terutama kepada hambaNya yang dekat kepadaNya. Istilah yang selalu dimainkan oleh para daie ialah “pelajaran nombor satu tetapi kerja dakwah bukan nombor dua”.


Nabi Muhammad saw ada menyebut di dalam satu hadis bahawa satu golongan yang mendokong syariat Islam yang sentiasa bertapak dan tidak akan luput di telan zaman hingga ke hari Qiamat. Islam itu tidak lemah tetapi penganutnya yang semakin lemah kerana lalai dan meninggalkan ajarannya, tidak mahu menolong saudara seagamanya. Semua ini adalah berpunca dari sikap individu itu sendiri.


Akhirnya, adakah amalan kita sudah cukup untuk dibawa ke sana? Allah tidak akan tanya adakah kita berjaya atau tidak dalam dakwah tetapi tuhan Allah akan bertanya adakah kamu laksanakan atau tidak kerja dakwah itu!!!. Manusia semuanya ingin pergi ke garisan yang sebenar, thoriqnya telah tersedia, hanya hayunan kaki mahu ke kiri atau ke kanan.. jadilah golongan yang amat di harap-harapkan oleh Islam.