Tuesday, August 18, 2009

KEM MOTIVASI BELAJAR

Kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran bergantung kepada beberapa faktor. Salah satu faktor ialah motivasi. Motivasi dalam diri pelajar boleh terbina dengan adanya rangsangan-rangsangan luar yang diberikan. Justeru IP Enterprise (sebuah syarikat kepunyaan alumni Badan Dakwah SMA Pahang) dengan kerjasama Biro Dakwah Masjid An Najah Taman Temerloh Jaya telah mengadakan Kem Motivasi Belajar. Program yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar agar mereka mendapat kejayaan dalam apa-apa peperiksaan.

Program ini telah diadakan bertujuan memberi semangat kepada pelajar serta mendedahkan kepada pelajar bahawa tuntutan berlajar merupakan satu perkara yang penting dalam Islam dan belajar merupakan satu ibadah.

Program ini telah berjalan dengan jayanya pada 15 Ogos 2009 (Sabtu) bermula jam 8 pagi hingga 4 petang bertempat di Masjid An-Najah, Taman Temerloh Jaya.


Telah disertai sekitar 20 - 25 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 - 5 sekolah-sekolah daerah Temerloh.


Antara pengisian yang diterapkan ialah motivasi belajar, Motivasu Kendiri serta Motivasi Ibadah. Selain itu, para pelajar juga diterapkan dengan aktivi bermodul yang bermotifkan mendidik diri agar lebih bermotivasi dan bersemangat sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal tiba ada bulan yang akan datang.
Antara aktiviti yang sedang dijalankan.

Semoga dengan adanya progrsm seperti ini dapat membantu para pelajar dalam usaha mencari kejayaan yang cemerlang dari segi akademik mahupun ibadah.