Monday, February 15, 2010

Saifudin : Pengerusi ILMAM sesi 2010/2013

Ucapan pengerusi ILMAM Pahang yang baru; Ustaz Saifudin

ILMAM Pahang telah mengadakan Ijtima' kali ke 4 pada 15 Februari 2010 di Temerloh. Alhamdulillah penyertaan dari semua ahli menjangkau separuh yang hadir.

Dalam pertemuan pada petang itu, ada yang baru kali pertama hadir dan mereka telah memberikan respon yang baik.

Pada pertemuan itu juga, Pengerusi ILMAM yang pertama sesi 2008 / 2010 telah mengemukakan cadangan untuk membuat penstrukturan semula aorganisasi yang baru sesi 2010/2013. Sebulat suara telah bersetuju dan setelah mengandakan sesi penngundian maka terbentuklah organisasi baru.

..khusyuk mendengar ucapan

Ust Saifudin Bin Abdul Sani telah dilantik menjadi Pengerusi ILMAM Pahang yang baru. Dalam ucapannya, beliau amatlah berharap tunjuk ajar dari kalangan pimpinan yang lama dan memohon supaya semua ahli memberikan sokongan dalam menggerakkan ILMAM sesi yang baru ini.

Selain itu, dalam ijtima; pada kali ini juga, semua ahli telah membincangkan halatuju dan perancangan aktiviti untuk dilaksanakan pada sesi baru ini.

Di samping itu, slot ucapan mantan pimpinan sesi lepas juga mendapat sambutan dari yang hadir. Ucapan terakhir telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hazmi Bin Dibok yang merupakan penasihat ILMAM Pahang.

Selepas berakhir, semua yang hadir telah bergambar beramai-ramai.

Wednesday, February 10, 2010

KONPIP kali ke 8 berjalan dengan jayanya


Batu Talam,- 5-6 februari 2010 - Buat ke sekian kalinya, Konvensyen pelajar Islam Pahang (KONPIP) kali ke 8 dapat di jalankan dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Al-Falah batu Talam, Raub, pahang.

Program peringkat negeri pada kali ini bertemakan "Memperkasa Dakwah, Mengemudi Perubahan" juga merupakan program tahunan yang di adakan khusus membincangkan kesinambungan pergerakan badan dakwah setiap sekolah.

KONPIP kali ini di sertai oleh 8 orang perwakilan dari 19 sekolah agama negeri pahang dan dari sebuah sekolah berasrama penuh SBPI Temerloh. Perwakilan yang hadir merupakan pimpinan dari Badan Dakwah

setiap sekolah dari kalangan Majlis Tertinggi dan beberapa orang exco yang terpenting dalam badan dakwah.

Program yang sangat bermakna ini telah memuatkan pengisian ke arah pengurusan badan dakwah serta mewujudkan smart usrah dan smart dakwah di dalam menjalankan badan dakwah di peringkat sekolah masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bengkel pengurusan pentadbiran majlis Tertinggi (kelolaan Ustaz Fahmi Abd Jalil), Bengkel Pengurusan Smart Usrah (kelolaan Ustaz Azraie Saballah), Bengkel Smart Dakwah menjurus kepada Kertas Kerja Program (kelolaan Ustaz Zarimi Abu Zih), Ice-Breaking (kelolaan Ustaz Khairul Fathi Ali), riadhah bermodul, modul ukhuwah, serta ikat janji ukhuwwah setiap sekolah serta beberapa slot yang menjurus kepada cabaran menjadi pendakwah muda di peringkat sekolah.

Program ini juga menekankan aspek kerohanian, keilmuan, kepimpinan, berani tampil ke hadapan, tahan lasak, ukhuwah dan sebagainya.

Setelah berkampung selama 3 hari 2 malam di sana, semua perwakilan telah berjaya menghasilkan beberapa resolusi yang sangat penting demi mengembalikan semual kegemilangan sekolah-sekolah agama negeri pahang. Antara resolusi yang telah di sepakati ialah :

1) Menjadikan Usrah sebagai agenda terpenting bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan JAIP
2) Mematuhi jalinan ukhuwah diplomatik yang telah dipersetujui bersama
3) Memastikan pemilihan kepimpinan badan dakwah dibuat dengan serius & teliti
4) Memastikn pendokumentasian perjalanan aktiviti badan dakwah dibuat dengan lebih sempurna

Program ini telah di rasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Puan Pahimah bt Abdul Rahman . turut hadir ialah En. Mustaparudin bin Osman, Pen. Pengarah Kokurikulum dan Pengetua-pengetua SMAN Pahang.

Dalam ucapan Puan Pahimah, beliau menyebut usaha yang sangat murni ini perlu di teruskan bagi melahirkan golongan yang berilmu. Ilmu sangat penting bagi semua pendakwah. Beliau menyeru kepada semua peserta agar membuat persediaan sebelum melakukan kerja-kerja dakwah dan KonPIP ini juga antara persediaan yang perlu bagi setiap pendakwah.

Pada akhir majlis, urusetia juga mengumumkan perwakilan terbaik. Anugerah Perwakilan terbaik KONPIP 2010 telah di raih oleh perwakilan Kulliyah Al-Lughah Wad Din sultan Abu Bakar, Pekan. Anugerah ini telah di sampaikan oleh KPP sendiri. Semua peserta juga diberikan sijil penyertaan.

AJK program adalah merupakan Alumni Badan Dakwah sekolah-sekolah agama negeri Pahang. Pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JAIP, SMA Al-Falah Batu Talam, Guru penasihat Badan Dakwah SMAN, urusetia KONPIP 2010, dan semua peserta yang terlibat. semoga usaha yang kita lakukan ini menjadi nilai di sisi Allah.